Sejak mula diperkenalkan, Touch ‘n Go telah banyak membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Bermula dengan perkara paling asas iaitu untuk membayar tol, sehinggalah kepada pembayaran parking serta memasuk taman tema.

Terbaru, Touch ‘n Go telah memperkenalkan sebuah aplikasi khas untuk pengguna telefon pintar. Aplikasi ini pada mulanya disediakan buat pengguna iOS terlebih dahulu sebelum pengguna Android dapat turut menggunakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

unnamed

unnamed (1)
Turut menawarkan kemudahan untuk menempah tiket kapal terbang dengan harga promosi

Seperti namanya, aplikasi ini berperanan sebagai e-wallet dimana para pengguna berpeluang memasukkan jumlah kredit di dalam aplikasi ini. Melalui kredit yang dimasukkan, anda boleh mula top-up kredit di pada kad Touch ‘n Go anda. Tidak perlu lagi beratur panjang untuk ke lorong tambah nilai semasa di tol.

Proses untuk memindahkan baki e-wallet di dalam aplikasi ini kepada kad Touch ‘n Go nampaknya tidak seringkas yang disangka. Anda perlu menambah baki di dalam e-wallet ini dahulu menggunakan kad kredit atau kad debit. Seterusnya, anda perlu ke kiosk yang berdekatan untuk proses pemindahan baki yang dibuat.

Berdasarkan makluman daripada pihak Touch ‘n Go, kiosk untuk pemindahan baki ini bakal ditingkatkan daripada masa ke semasa. Setakat ini penawaran kiosk ini masih lagi terhad.

Buat anda yang berminat untuk mencuba aplikasi terbaru daripada Touch ‘N Go ini anda boleh muat turun aplikasi ini di Android dan iOS. Selamat mencuba!

Sumber