Adakah anda salah seorang pengguna aplikasi Truecaller? Jika ya, anda mungkin perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Truecaller merupakan aplikasi yang dapat memberi maklumat tentang panggilan telefon atau SMS daripada nombor yang anda tidak kenali. Namun, menurut perkongsian di laman Facebook OMG Hackers, dikhabarkan data peribadi anda kemungkinan besar telah tertiris ke laman deep web. Rata-rata responden di perkongsian ini turut bersetuju ada menerima mesej berbentuk ‘scam’ yang pelbagai setelah menggunakan aplikasi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Minggu lalu, satu laporan telah dikeluarkan media di India mengatakan data pengguna Truecaller di sana tertiris di laman deep web dan pihak yang berminat boleh membeli data berkenaan pada harga sekitar RM9,000.

Namun, pihak Truecaller telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa syarikat berkenaan sangat mementingkan keselamatan maklumat peribadi pengguna Truecaller dan mereka tidak sesekali akan menjual data tersebut kepada pihak ketiga. Mereka turut menafikan database pengguna digodam dan menyebabkan maklumat peribadi pengguna Truecaller tertiris kepada pihak luar.

Sekiranya anda pengguna premium untuk aplikasi ini, anda mungkin perlu bertukar ke aplikasi alternatif yang lain. Aplikasi Whoscall antara yang disyorkan selepas Truecaller. Anda ada terima gangguan dari nombor tidak dikenali selepas menggunakan Truecaller?