Buat peminat setia LEGO, LEGO akan mengeluarkan kembali model angkasa lepas yang mereka pernah keluarkan sekitar tahun 1978 dahulu. Kali ini, mereka memilih model Apollo Saturn V untuk diLegokan.

Model NASA Apollo Saturn V hadir lengkap dengan set pengembaraannya dan boleh dipecahkan kepada tiga bahagian utama kapal ini; Commnad dan Lunar Modules terletak di bahagian atas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak 1,969 kepingan Lego disediakan untuk menyiapkan kapal angkasa ini dan apabila siap, ianya berketinggian hampir 1m! Memamng panjang kapal angkasa ini dan merupakan model Lego tertinggi yang pernah dihasilkan LEGO setakat ini.

Ianya akan berada di pasaran Jun ini dengan harga USD120 (lebih kurang RM520). Peminat tegar LEGO bolehlah menyimpan dari bulan ini.