Pernahkah anda ke restoran yang sangat sedap dan anda ingin kongsikan lokasi ini kepada orang ramai?

Atau…

Anda ingin ke restoran yang memiliki masakan yang sedap dan restoran tersebut merupakan restoran yang dicadangkan oleh orang ramai yang pernah merasai masakan tersebut?

Aplikasi ‘Jom Makan‘ hadir untuk menyelesaikan 2 persoalan di atas. Ianya dibina khas untuk mereka yang sukakan makanan yang sedap dan lazat. Malah, anda juga berpeluang berkongsi keseronokan menjamu selera di restoran tersebut bersama rakan-rakan lain di laman media sosial.

jom makan app

Aplikasi ‘Jom Makan‘ ini boleh di muaturun secara percuma di Google Play Store. Anda dialu-alukan untuk kongsi gambar serta lokasi menjamu selera yang telah anda kunjungi! Pasti meriah dan mudah sekiranya aplikasi ‘Jom Makan‘ ini menerima banyak informasi dari peminat dan pemburu makanan seperti anda.

Keistimewaan aplikasi ‘Jom Makan

Ia akan memaparkan kesemua lokasi menjamu selera yang telah dicadangkan oleh orang ramai dengan informasi lengkap seperti mengenalpasti lokasi berpandukan GPS, koleksi gambar lokasi kedai dan gambar makanan dan paparan komentar dari pencadang mengenai restoran/makanan tersebut. Malah, anda juga berpeluang memberikan komentar balas pada restoran yang telah tersenarai di dalam aplikasi ‘Jom Makan‘ ini.

Sekarang anda sudah tahu, jika anda ingin makan yang sedap-sedap, hanya klik aplikasi ‘Jom Makan‘ dan cari lokasi menjamu selera yang berhampiran dengan anda. Baca cadangan para pengguna ‘Jom Makan‘ dan pilih tempat makan yang menepati cita rasa anda bagi menjimatkan masa dan minyak kenderaan anda.

Aplikasi ‘Jom Makan‘ ini turut mendapat liputan dari surat khabar Kosmo, terbitan 4 Februari 2015 yang lalu:

FB_IMG_1423312399811

Aplikasi ‘Jom Makan‘ ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram