Nota Editor: Senarai 10 applikasi percuma ini asalnya telah dikongsikan di BengkungModen.com – sebuah laman web yang menawarkan bengkung khas untuk wanita bersalin pembedahan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia dapat membantu terutama jika anda sedang merancang keluarga dan kehamilan.

1. Pink Pad Periodapps-hamil-1

WhatsApp-Image-2020-02-12-at-1.24.20-PM-630×472
HYPE
Ini Kejutan Yang Anda Akan Terima Jika Serbu ‘Truck’ APEC 2020
Baca lagi →

Aplikasi Pink Pad merupakan aplikasi semua dalam satu untuk kesihatan wanita. Dengan aplikasi ini ada boleh memantau kitaran haid, pengiraan ovulasi dan tahap kesuburan anda dalam bentuk grafik atau jadual. Dengan aplikasi ini mudahlah nak merancang untuk mengandung atau merancang keluarga.

Aplikasi ini juga dibangunkan dengan jaringan sosialnya tersendiri, anda juga boleh dapatkan maklumat tentang produk-produk kesihatan wanita secara in-app yang disediakan dalam aplikasi ini.

Fungsi kalendar yang boleh di sengarakan membolehkan anda tahu bila tarikh-tarikh penting ( dan kongsikan dengan pasangan anda!) dengan tepat. Dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Pink Pad ini boleh dimuatturun untuk kegunaan Apple dan Android. Ia juga boleh dimuat turun percuma bagi ‘lite version’ manakala bagi versi ‘pro version’ pula adalah secara berbayar.

2. Fertility Friend

apps-hamil-2

Aplikasi percuma yang telah dibangunkan selaras dengan website FertilityFriend.com membolehkan anda membuat integrasi bagi kedua-dua versi di browser dan di smartphone anda. Memberikan anda akses dengan kalendar yang berwarna warni untuk memantau tahap kesuburan anda.

Ia juga memberikan statistik kitaran kesuburan dan turut menyediakan sokongan dalam bentuk forum persendirian dan informasi sokongan lain seperti ebooks, tutorial dan video yang boleh anda kongsikan dengan rakan.

Fertility Friendboleh di muat turun terus dari web atau telefon pintar di platform Apple dan Android. Aplikasi ini juga terdapat dalam dua versi iaitu yang percuma dan berbayar.

3. Period Tracker

apps-hamil-3

Jika mahukan app yang dapat memudahkan hidup dengan hanya menekan satu butang, Period Tracker adalah salah satu darinya. App ini membantu anda mengira kitaran haid akan datang berdasarkan kitaran haid anda untuk 3 bulan yang lepas.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini akan mengesan mood anda, sebarang simptom, berat dan suhu anda untuk mengukur tahap kesuburan anda. Boleh dimuat turun di platform Apple dan Android.

4. My Fertility Food

apps-hamil-4

Antara faktor mempengaruhi kesuburan individu adalah dari jenis pemakanan yang diambil. Aplikasi ini membantu anda dengan cara menyebaraikan jenis pemakanan bagi wanita yang sedang merancang untuk hamil.

Bukan itu sahaja, jika anda merancang untuk tidak hamil dalam masa terdekat ini, aplikasi ini memberikan senarai makanan dan menu sihat untuk diet yang seimbang.

Kini senarai menu sihat untuk diambil dalam satu hari hanya di hujung jari dan boleh dibawa kemana-mana dalam handphone anda.

5. Lily Pro

apps-hamil-5

Aplikasi cantik ini boleh dimuat turun di platform Apple. Aplikasi ini akan mengira kesuburan anda berdasarkan suhu badan.

Selain dari itu, data yang telah diberikan berdaarkan informasi diri anda yang telah dikumpul boleg ditukar ke bentuk pdf dan dihantar ke email anda. Akses ke aplikasi ini memerlukan kata laluan (password) bagi melindungi data peribadi pengguna mereka.

6. iPeriod

apps-hamil-6

Aplikasi iPeriod ini pernah menerima gelaran ”aplikasi iPhone terbaik untuk wanita berkerjaya” oleh Majalah Forbes.

Ia umpama pembantu peribadi untuk kesuburan anda. iPeriod akan menghantar peringatan melalui emel, laporan kitaran haid dan juga peringatan untuk pemeriksaan payudara.

Nota yang boleh diubahsuai dan mudah dikesan dijejaki semula di dalam email memudahkan anda menjejaki semua informasi dari aplikasi ini termasuk sekecil-kecil informasi yang berkaitan.

7. My Mobile Fertility

apps-hamil-7

Melalui saat-saat untuk subur boleh menjadi satu proses yang sukar terutama bagi mereka yang merancang untuk hamil. Tapi jangan risau aplikasi ini akan memudahkan perjalanan anda. My Mobile Ferility merupakasi aplikasi mudah alih pertama yang menyediakan direktori perkhidmatan yang menyeluruh khusus untuk keperluan tentang kesuburan anda.

Aplikasi menawarkan sesuatu yang berharga dan sangat membantu hanya dihujung jari dan ianya adalah percuma. Senarai klinik tempatan dan khidmat sokongan yang boleh membantu anda melalui proses kesuburan juga diseneraikan dalam aplikasi ini.

8. Kegel Camp

apps-hamil-8

Senaman kegel memang terkenal di kalangan wanita yang telah berkahwin kerana ia adalah senaman mudah yang penting. Senaman kegel dapat membantu menengangkan dan menguatkan otot pelvik, meningkatkan aliran darah ke bahagian pelvis yang boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan reproduktif anda.

Aplikasi ini akan menyediakan jadual dan menghantar peringatan apabila masa untuk melakukan senaman kegel perli dilakukan. Lepas ni tiada lagi istilah lupa nak buat senaman kegel sebab ada app yang boleh tolong ingatkan.

semua latihan dalam aplikasi ini sangat berguna sepanjang kehamilan dan juga seterusnya.

9. WomanLog

apps-hamil-9

Adakah anda terlupa untuk semak suhu badan hari ini? Bagaimana pula dengan multivitamin? Terlupa untuk makan?

Dengan kesibukan kaum wanita sekarang, WomanLog akan bantu anda untuk ingat semua ini

Dengan pilihan yang pelbagai untuk antara muka, anda boleh pilih dan masukkan maklumat kitaran haid anda.

Bagi wanita yang mengalami haid yang tak teratur atau mempunyai tindak balas fizikal dan emosi yang tidak menentu pada masa-masa tertentu setiap bulan, aplikasi ini membantu anda untuk melihat corak kitaran haid.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di kedua-dua platform iPhone dan Android. Terdapat dua versi: versi berbayar dan percuma.

10. Period Dairy

apps-hamil-10

Ingin tahu bila period anda yang akan datang? Cuba untuk hamil? Aplikasi Period Diary ini boleh bantu anda.

Period Diary akan menjejaki kitaran haid anda dan meramal haid anda yang seterusnya. Jika anda cuba untuk hamil, aplikasi ini akan mengesan tanda-tanda berlakunya ovulasi untuk meningkatkan peluang anda untuk mengandung.

Aplikasi ni juga boleh digunakan sebagai penjejak kitaran haid bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang tak menentu, tempoh ovulasi dan juga waktu subur.

Jadi bak kata orang, semuanya di hujung jari. Memang mudah sangat guna aplikasi-aplikasi ni. Apa anda perlu buat hanya key in sahaja hari pertama dan hari terakhir haid anda. Lakukan setiap bulan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka