Tahukah anda masih wujud model pertama keluaran Apple yang dijaga rapi serta masih berfungsi sepenuhnya? Menjadi adat jika masih wujud produk seperti ini, ianya pasti menjadi rebutan ramai.

September depan, sebuah komputer Apple-1 yang dihasilkan sekitar tahun 1970an akan dijual secara bidaan. Ianya dalam kondisi 8.5/10 dan menurut pakar, model Apple-1 ini dijangka bakal terjual pada harga USD300,000 – USD400,000 (RM1.2 juta – RM1.6 juta+-).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi ianya sekadar jangkaan harga bidaan kerana produk Apple sebelum ini ada yang terjual pada harga USD800,000 dalam acara lelongan. Begitulah harga yang sanggup dilaburkan peminat setia jenama Apple ini.

Daripada 200 unit model Apple-1 yang dibuat, dilaporkan sekitar 70 unit yang masih berfungsi. Sekiranya anda berminat, lelongan ini aka berlangsung pada 26 September 2018 di WeWorks, Boston.

Sumber