Apple kini secara rasminya telah memperkenalkan rekaan terbaru AirPod yang telah dikemas kini. Model terbaru ini hadir dengan cip H1 yang telah direka khas untuk menyampaikan kecekapan prestasi, masa sambungan yang lebih pantas, lebih masa untuk berbual dan fungsi bebas tangan “Hey Siri”.

Menerusi generasi kedua, AirPod ini didatangkan khas dengan dua jenis pilihan kotak caj sama ada kotak caj standard ataupun ‘Wireless Charging Case’ yang baru. Kedua-dua pemegang kotak caj ini sangat mencukupi untuk kegunaan melebihi 24 jam.

AirPod dengan kotak caj standard ini dijual dengan harga RM699, manakala AirPod dengan ‘Wireless Charging Case’ pula akan dijual dengan harga RM879 dan ‘Wireless Charging Case’ sahaja akan dijual dengan harga RM439. AirPod generasi kedua ini boleh mula dipesan sekarang melalui laman rasmi Apple dan ianya bakal berada di cawangan kedai bermula minggu depan.

https___hypebeast.com_image_2019_03_apple-airpods-second-generation-confirmed-1 https___hypebeast.com_image_2019_03_apple-airpods-second-generation-confirmed-2