Melalui satu sumber web MySmartPrice, Apple AirPods 2 akan mengekalkan rekaan seperti sebelumnya tetapi akan ada beberapa perubahan baharu.

Mengikut sumber tersebut, AirPods 2 akan hadir dengan kemasan matte seperti kemasan telefon pintar Google Pixel . Bukan itu sahaja, AirPods 2 akan hadir dengan pilihan warna baharu iaitu hitam. Ianya juga akan menggunakan material yang akan meningkatkan kadar cengkaman dan tidak lagi ‘licin’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Seperti yang diumumkan melalui sumber sebelum ini, AirPods 2 akan dilengkapi dengan ciri sokongan Siri selain daripada sistem tracking kesihatan dan sistem audio yang dipertingkat. Buat masa ini beberapa pihak telah mengeluarkan beberapa jangkaan harga berdasarkan ciri terbaharu yang disertakan. Jika sebelumnya AirPods dijual dengan harga $159 (~RM650) mungkin sahaja AirPods 2 akan dijual dengan harga $200 (~RM815).

Sumber yang sama juga menyebut mengenai pengenalan kotak pengecas tanpa wayar yang akan diperkenalkan sekitar tahun ini.