Mulai dilancarkan Apple sekitar sebulan yang lalu dan ditawarkan di beberapa negara terawal, nampaknya pengguna di Malaysia sudah mulai berpeluang mendapatkan AirPods Pro bermula hari ini.

Pada model kali ini, Apple mahu menawarkan pengalaman penggunaan AirPods yang lebih baik lagi dengan penyertaan noise cancelling. Selain itu, rekaannya juga turut diberi kemaskini yang tampak lebih moden dan praktikal.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Apple_AirPods-Pro_Expanded_102819

SUMBER: TECH CRUNCH

4raakq8GtvjpJesNU3QDW7

SUMBER: TECH RADAR

Seperti model AirPods yang diumumkan sebelum ini, AirPods Pro turut menggunakan processor Apple H1 serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Lebih menarik, kualiti bunyi yang ditawarkan juga dilaporkan lebih baik berbanding model AirPods sebelum ini. Difahamkan satu pengecasan penuh AirPods Pro membolehkan pengguna mendengar muzik dengan tempoh 4.5 jam.

Memandangkan model ini merupakan versi Pro yang hadir dengan lebih banyak fungsi, harga yang ditawarkan juga sedikit tinggi berbanding model AirPods sebelum ini. Apple AirPods Pro sedia ditawarkan dengan harga serendah RM1,099.

Sekiranya anda mahukan Apple AirPods Pro yang berbeza berbanding orang ramai dengan rekaan yang lebih premium, model ini turut tersedia dengan salutan 18-karat yang ditawarkan pada harga RM281,837. Turut dikongsikan AirPods Pro yang dijadikan bahan meme oleh netizen.

AirPods Pro Dengan Salutan Emas 18-Karat Sedia Ditawarkan Dengan Harga RM281,837

Baru Sahaja Dilancarkan, Apple AirPods Pro Sudah Dijadikan Bahan ‘Meme’

Anda Mungkin Suka