Ini merupakan berita baik buat anda penggemar jenama Apple dimana AirPower yang digembar-gemburkan dari tahun 2017 dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2019.

Untuk pengetahuan anda, AirPower Mat ini membolehkan pengguna mengecas bateri tanpa wayar. AirPower Mat ini boleh digunakan untuk mengecas Iphone, Apple Watch dan Ipod yang berasaskan Qi. Malah, dikatakan bahawa AirPower Mat ini cukup besar untuk mengecas tiga peranti dalam satu masa sekaligus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, pengeluaran AirPower ditangguhkan berikutan gangguan dan masalah panas ketika mengecas. Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan harga dan spesifikasi pengecas ini ketika ini.