Perkongsian tweet Apple Inc. di laman Twitter beberapa hari lalu telah mengesahkan mengenai siaran lintas langsung pelancaran produk Apple terbaharu di laman sosial tersebut buat pertama kalinya. Tweet tersebut sekaligus telah mengesahkan ura-ura mengenai khabar tersebut semenjak awal bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Umum mengetahui bahawa hari ini akan mencatat satu lagi sejarah pelancaran produk terbaharu Apple yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Siaran lintas langsung ini boleh disaksikan oleh pengguna di malaysia pada jam 1 pagi nanti.

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan pelancaran produk ini dengan mengikuti #AppleEvent. Jadi tunggu apa lagi, set jam anda sekarang untuk menonton siaran lintas langsung di Twitter jam 1 pagi ini.