Mula dilancarkan pada tahun 2008, Apple Macbook Air masih lagi menjadi pilihan ramai pengguna sehingga kini. Berjaya menawarkan rekabentuk yang nipis serta pengalaman penggunaan yang lancar antara yang membuatkan Macbook Air kekal releven untuk digunakan.

Bersempena dengan sedekad pelancaran Apple Macbook Air, Apple nampaknya bersedia untuk membawa pembaharuan terbaru buat model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pexels-photo-91906

Berdasarkan laporan daripada KGI Securities, Apple Macbook Air terbaru bakal disertakan dengan spesifikasi terbaru. Paparan yang lebih terang dan jelas berserta teknologi Retina, processor dan port USB-C antara yang anda boleh jangkakan daripada model terbaru ini.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang rekabentuk Macbook Air 2018 yang tertiris. Model terbaru ini dijangka bakal dilancarkan sekitar April atau Jun 2018 ini.

pexels-photo-306198

Diharap model ini berjaya melariskan penjualan laptop keluaran Apple selepas Apple Macbook dan Apple Macbook Pro gagal mendapat jualan berikutan penawaran harga yang terlalu tinggi. Buat anda sebagai pengguna Apple, sudahkah anda bersedia untuk upgrade Macbook Air anda?