Seperti dijanjikan, iPhone 7 merupakan subjek utama dalam acara Apple di San Francisco yang berlangsung awal pagi tadi dan ia tidak mengecewakan.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Dikatakan iPhone paling advanced setakat ini, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus hadir dengan pelbagai features baru. Seperti yang dijangka, headphone jack telah dibuang untuk memberi laluan kepada Lightning-connected Earpod atau wireless Airpod. 7 juga merupakan iPhone pertama hadir dengan rekaan kalis air dan debu dan mempunyai hayat bateri yang lebih lama berbanding model sebelum ini.

Di dalamnya menggunakan custom cip pemprosesan empat teras Apple A10 Fusion yang bukan saja lebih laju dua kali ganda daripada iPhone 6, tapi juga cip paling berkuasa yang pernah ada pada mana mana smartphone. Cip ini menguasakan segalanya daripada enjin grafik (tiga kali ganda daripada iPhone 6 dengan separuh kuasa), speaker stereo yang baru pada bahagian atas dan bawah, paparan Retina HD (dengan ciri-ciri warna standard panggung wayang dan warna lebih jelas), butang statik Taptic Engine (menggantikan Home Button) dan teknologi FeliCa contactless dari Jepun.

Tambahan, ciri paling advance ialah sistem kamera yang baru. Kedua-dua iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menggunakan kamera 12-megapiksel dengan optical image stabilization dan aperture f/1.8. Walau bagaimanapun iPhone 7 Plus mempunyai kamera tambahan iaitu kamera telefoto 12-megapiksel yang menawarkan sepuluh kali ganda digital zoom untuk foto. Pada akhir tahun ini, kamera pada Plus akan menerima kemaskini efek depth-of-field yang menggunakan Machine Learning untuk mengasingkan gambar background dan foreground untuk menghasilkan kualiti gambar seperti DSLR.

Kedua-dua iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan hadir dengan warna silver, gold, rose gold dan yang baru black finish dalam model 32GB, 128GB dan 256GB pada harga $649 USD sementara warna jet black finish akan ditawarkan eksklusif untuk model 128GB dan 256GB. iPhone ini boleh di pre-order pada Jumaat, 9 September, dan akan berada di pasaran secara rasmi pada 16 September – selepas beberapa hari iOS 10 dilancarkan iaitu pada 13 September.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group