Masih ingat lagi sewaktu kali pertama Apple AirPods dilancarkan, ramai yang mengecam dan troll produk terbaru Apple yang dikatakan aneh dan tidak berinovasi. Beberapa bulan berlalu, produk ini berjaya menjadi pilihan pengguna serta berjaya mengutip jualan yang memberangsangkan.

Terbaru, Apple dikatakan berminat untuk menawarkan pembaharuan melalui kemaskini terbaru Apple AirPods dimana pengguna berpeluang berkomunikasi dengan lebih baik bersama Siri. Respon kepada Siri juga bakal dipertingkatkan.

apple-airpods-review-very-useful

Apple turut mengatakan mereka sedang bersedia untuk mengeluarkan Apple Airpods versi terbaru yang bakal dilancarkan pada 2019. Melalui model terbaru ini, Apple menjanjikan AirPods bakal disertakan dengan AirPods kalis air.

Dalam pada itu, seperti iPhone X, kalis air yang dimaksudkan Apple adalah tahan daripada percikan air atau hujan dan bukannya sesuai untuk digunakan di dalam air.

1481829647000_1304131

Buat anda yang belum mendapatkan Apple AirPods, sekarang masih lagi merupakan masa terbaik dengan penawaran RM799. Dikatakan Apple bakal membawakan lebih banyak lagi kemaskini terbaru yang bakal dibawakan Apple.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤