Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan diantara konflik Apple dan Qualcomm, kami yakin anda cukup tahu mengenai halangan jualan yang bakal dikenakan Apple berikutan pelanggaran paten.

Menerusi tindakan yang bakal dikenakan, Apple dikatakan sedang bercadang untuk mengeluarkan kemaskini terbaru melalui iOS 12 dalam menawarkan altenatif yang berbeza berbanding Qualcomm bagi mengelakkan daripada sebarang isu melibatkan pelanggan paten.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
37-ios-12-public-beta
Sumber: CNet

Tindakan yang dibuat ini sekaligus membolehkan Apple berpeluang untuk dijual di China selain daripada memperoleh untung yang tinggi di negara tersebut melihatkan kepada jumlah penggunannya yang ramai.

Menurut laporan BBC, setakat ini kesemua model iPhone masih lagi dijual di China seperti biasa. Apple mengatakan tindakan yang dibuat Qualcomm hanyalah sebagai pengecut dalam mengelakkan daripada Apple iPhone mendominasi industri telefon pintar di dalam negara tersebut.

Sumber