Semasa ucaptama maya WWDC, Apple berkongsi butiran pertama mengenai iOS 14, versi utama iOS seterusnya yang bakal dilancarkan akhir tahun ini. Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan iOS 14 adalah kebolehan menambah widget pada skrin utama iPhone.

“Tahun ini, kami menghabiskan waktu memikirkan kembali pengalaman ikonik iPhone,” kata SVP Kejuruteraan Perisian Craig Federighi. “Kami telah memikirkan semula beberapa elemen teras iOS.”

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

iphone-widget

Seperti yang anda ketahui, iOS sebelum ini sudah dilengkapi dengan widget dalam paparan khas. Tetapi bagi pengalaman baharu, Apple telah mengambil inisiatif untuk mereka semula widget sepenuhnya.

Kini, pengguna boleh menyeret widget keluar dari paparan khas dan meletakkannya di skrin utama. Selain itu, pengguna juga boleh menyusun skrin utama dengan lebih kemas mengikut beberapa variasi saiz widget.

Kemaskini terbaharu dari Apple turut menambah beberapa ciri organisasi pintar pada skrin utama bagi memudahkan pengguna untuk membuka aplikasi lain.

Antara senarai peranti yang menyokong iOS 14 adalah iPhone SE (2020), iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016).

Untuk bacaan lanjut mengenai Apple, klik pautan di bawah.

Apple ‘Disable’ Dan Jejaki iPhone Yang Dirompak Ketika Demonstrasi George Floyd

Switch Tawarkan Pelan Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 3 Bulan Untuk Aksesori Apple

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion

Anda Mungkin Suka