Nampaknya sudah tiba masanya Apple memperkenalkan rangkaian produk terbaru buat iPad dan Macbook. Acara dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Oktober dan jemputan kepada pihak media telahpun dibuat.

Melalui acara ini, Apple dijangkakan bakal memperkenalkan Apple Macbook terbaru yang bakal menggantikan Macbook Air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan ura-ura, Apple iPad juga dijangka hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini dengan paparan tanpa bingkai. Model terbaru ini juga dijangkakan bakal hadir bersama Face ID.

Selain itu, Apple kemungkinan bakal menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pengenalan Adobe Photoshop buat Apple iPad. Anda boleh lihat demo Adobe Photoshop disini. Sama-sama kita nantikan acara terbaru Apple yang bakal berlangsung pada 30 Oktober ini untuk lebih banyak kejutan.