Sudah tiba masanya untuk Apple menamatkan sokongan terbaru buat Apple Macbook Air. Tak dinafikan, Apple Macbook Air masih ‘sexy’ dengan rekaannya yang nipis dan ringan meskipun sudah melangkau 8 tahun di pasaran.

Berdasarkan sumber daripada WCCFTech, kehadiran iPad Pro telah mengubah gaya pengguna yang kepada tablet berbanding komputer riba. Mungkin juga disebabkan pengenalan Apple Macbook yang menyediakan fungsi yang sama iaitu sebuah komputer yang nipis, ringan dan sexy membuatkan Apple mahu mengetepikan Macbook Air yang sudah lama di pasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

macbook-air-iphone-moleskin_960

Dikatakan pihak Apple mungkin akan membuat kemaskini terakhir buat Macbook Air yang bakal melihatkan improvement pada bahagian RAM dan cip pemprosesan. Diharap Apple juga dapat menyertakan port USB Type-C bagi memudahkan kegunaan masa panjang.

Pada pendapat kami, sudah tiba masanya Apple menghentikan pengeluaran Apple Macbook Air. Malah, tindakan daripada Apple ini sudah boleh dijangka apabila Apple memperkenalkan Apple Macbook yang tampak lebih moden dan nipis.

Sumber