Sekiranya anda mengikuti perkembangan Apple iPhone pastinya anda cukup kenal dengan trend model ini dimana Apple bakal membuat kemaskini iPhone selepas beberapa tahun mengekalkan rekabentuk yang hampir sama.

Terbaru, setahun selepas Samsung mengumumkan bakal mengeluarkan smartphone dengan skrin boleh lipat, Apple nampaknya berminat untuk mengikuti trend yang hampir sama dengan smartphone boleh lipat.

foldable-iphone

Dikatakan idea smartphone boleh lipat ini merupakan idea masa hadapan bersesuaian dengan kehendak pengguna. Berdasarkan jangkaan, kemungkinan idea ini bakal dibuat Apple menjelang tahun 2020 memandangkan syarikat ini baru sahaja melancarkan iPhone X yang dikatakan bakal menjadi model contoh kepada model-model keluaran selepas ini.

Selain itu, menjelang acara Apple yang bakal berlangsung 27 Mac ini, Apple juga dilaporkan bakal mengumumkan model Apple iPad terbaru dengan harga mampu milik. Sama-sama kita nantikan berapakah harga yang bakal diumumkan Apple pada model terbaru ini.

ipad-pro-with-face-id-could-launch-during-wwdc-2018-hopefully-without-a-notch-520119-3

Pada pendapat anda, adakah telefon boleh lipat yang pernah dipopularkan dahulu bakal menjadi fenomena kembali atau smartphone dengan rekaan sedia ada sudah cukup baik untuk digunakan?