Sekiranya sebelum ini model terbaru Apple iPhone seringkali menjadi rebutan dan kebanggaan buat para pembelinya, nampaknya trend ini semakin menurun sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, Apple yang sebelum ini pada acara pelancaran Apple iPhone XS yang menyatakan iPhone X bakal ditamatkan penjualan telah memilih untuk menawarkan semula model ini buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iPhone-X-Unused
Sumber: Cultofmac

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, difahamkan penjualan Apple iPhone X dibuat bagi menampung semula penjualan iPhone XS dan XS Max yang rendah. Selain itu, memandangkan Apple masih lagi mempunyai kerjasama bersama pencabar terdekat iaitu Samsung maka pengeluaran paparan OLED bakal diteruskan.

Lain ceritanya dengan model iPhone XR yang mula diperkenalkan sebagai iPhone ‘mampu milik’. Sejak model ini dijual, para pengguna nampaknya lebih tertarik untuk mendapatkan iPhone 8 yang melihat kepada peningkatan jualan. Harga penjualannya yang lebih rendah serta masih mengekalkan trademark home button antara yang membuatkan para pengguna tertarik.

iphone_8_review_30
Penjualan iPhone 8 semakin meningkat selepas pengeluaran iPhone XR. Sumber: macworld

Melihat kepada penurunan penjualan model terbaru iPhone berdasarkan faktor harga pastinya memberi tamparan hebat buat syarikat ini. Mungkin sudah tiba masanya Apple mengurangkan harga penjualan produk mereka bagi meningkatkan jumlah jualan.

Sumber