Apa lagi yang anda boleh jangkakan untuk iPhone pada masa akan datang? Ruang storan yang lebih luas, bilangan port yang kurang, penggunaan material kaca pada keseluruhan permukaan dan mungkin pengimbas mata untuk menjadikan iPhone kelihatan lebih futuristik.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Tidak terikat dengan perkara yang sekadar fancy, Apple ternyata mempunyai sebuah plan untuk menjaga privasi dan sekuriti pengguna. Berdasarkan ura-ura terbaru, Apple mungkin akan menyertakan fungsi terbaru dimana bakal menyimpan data pengimbas cap jari pencuri dan secara tidak langsung akan mengambil gambar pencuri secara automatic.

Kami jangkakan melalui penggunaan teknologi terbaru daripada Apple ini, masalah kecurian iPhone dapat dikurangkan. Setidaknya, kadar kecurian tidak setinggi bilangan iPhone sebelum ini. Teknologi terbaru ini mungkin tidak akan hadir pada iPhone 2016 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan sebaliknya bakal diimplementasikan seawal tahun depan. Adakah anda sanggup tunggu tahun hadapan demi fungsi terbaru ini?

Baca lagi: Apple Memberi Kata Putus Mengenai Tarikh Pengumuman iPhone 7

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group