Segmen iPhone 14 Pro dikesan mempunyai isu garisan pada skrin selepas ia dihidupkan. Ada yang sekadar memaparkan satu garisan dan dalam kes yang lebih serius lagi mendorong sehingga peranti tidak boleh digunakan.

Menerusi laporan MacRumors, Apple menyedari akan isu serius ini dan bakal menyelesaikannya menerusi kemas kini iOS 16.3. Dikatakan siasatan yang dijalankan mendapati ia berpunca daripada masalah perisian sahaja dan tidak berkait dengan perkakasan iPhone itu sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple Forum

Apple menjangkakan kemas kini iOS 16.3 boleh menyelesaikan isu garisan pada skrin iPhone 14 Pro yang dikatakan berpunca daripada bug. Pada ketika ini, iOS 16.3 masih sedang menjalani ujian Beta.

Buat pengguna iPhone 14 Pro, anda boleh menarik nafas lega kerana peranti hanya memerlukan kemas kini perisian dalam mengatasi isu garisan tersebut. Dijangkakan kemas kini sedia ditawarkan kepada para pengguna dalam beberapa minggu lagi sebaik ia sudah stabil.