Tidak dapat dinafikan bahawa perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China kini menjadi perhatian di seluruh dunia. Apple Inc kini dalam usaha untuk memindahkan antara 15 hingga 30 peratus keupayaan pengeluaran mereka dari China ke negara Asia Tenggara dan menilai implikasi kos yang akan berlaku.

Keputusan yang diambil oleh Apple Inc adalah untuk tidak terlalu bergantung kepada pembuatan produk mereka hanya di China dan mempertimbangkan negara-negara lain seperti Mexico, India, Indonesia dan Malaysia. Jika berterusan terlalu bergantung untuk pengeluaran di China, ia merupakan satu tindakan berisiko dalam konflik yang berlaku ini.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →
iphone-x-54

Sumber: CNet

Malah, Apple telah menghasilkan model iPhone kos rendah di India pada tahun lepas dan pihak Apple telah mempertimbangkan untuk memindahkan pengeluaran model premium ke negara itu untuk mengelakkan tarif pada telefon pintar yang diimport.

Pastinya jika perpindahan ini berlaku, ianya akan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Apple setakat ini.

Anda Mungkin Suka