Pada awalnya, Apple Car dirancang untuk keluar pada tahun 2019 tetapi Apple Car mungkin tidak dapat dikeluarkan mengikut tarikh yang dirancang. Menurut Gene Munster, penganalisa Apple Inc dari firma Piper Jafray, Apple Car akan tiba dalam masa 5 tahun lagi dan dianggarkan berharga USD75,000 (lebih kurang RM309 ribu) untuk berlawan dengan kereta elekttrik dari Tesla, Model S.

Projek kereta elektrik Apple yang dinamakan ‘Project Titan’ ini masih dirahsiakan oleh pihak Apple kepada umum. Tetapi CEO Apple, Tim Cook ada membuat perjumpaan dengan wakil syarikat-syarikat kereta ternama dunia menguatkan lagi spekulasi bahawa Project Titan ini memang sedang berlangsung.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Jadi kita tunggu sahaja berita lanjut daripada Apple. Mengikut gambar konsep Apple Car ini, ia tidak berpintu. Mungkin pintu kena beli di Apple Store atau mereka sengaja tidak mahu ada pintu kerana tidak mahu Apple Car mempunyai ‘Windows’.

Anda Mungkin Suka