Sekiranya sebelum ini ramai yang berpendapat cuma telefon pintar Android yang mengalami masalah telefon pintar menjadi lembab selepas seketika waktu, kini terbukti Apple juga antara jenama yang turut menjalankan modus operandi yang sama.

Terbaru, dua jenama yang sering menjadi pilihan ramai iaitu Apple dan Samsung telah disaman di Itali berikutan sengaja memlembabkan model telefon pintar lama mereka.

samsung-apple-2

Denda yang dikenakan terhadap Apple adalah sebanyak€10 juta (RM48 juta) manakala Samsung pula didenda sebanyak €5 juta (RM24 juta). Denda yang dikenakan Apple nampaknya dua kali ganda berbanding Samsung berikutan tidak memberitahu pengguna mengenai kemaskini terbaru mereka yang memperlahankan model iPhone.

Selain itu, pihak Apple dan Samsung juga diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai diatas kesalahan yang dibuat termasuk mengurangkan prestasi bateri.

Apple dan Samsung akan melakukan rayuan ke atas denda yang dikenakan. Pihak Samsung juga dilihat mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka tidak memperlahankan peranti tetapi sebaliknya menambah fungsi baharu untuk pengguna.

samsung-apple-2014

Berdasarkan kes saman yang dikenakan, difahamkan kedua-dua syarikat telah membuat rayuan berdasarkan kos denda yang dikenakan. Pihak Samsung turut mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang mengesahkan mereka tidak memperlahankan telefon pintar mereka sebaliknya menawarkan fungsi yang terbaru buat para pengguna.

Adakah anda salah seorang daripada mangsa dua syarikat telefon pintar paling untung ini?

Sumber