Sudah berapa lamakah kita tidak melihat Apple mengumumkan update terbaru buat peminat desktop mereka. Untuk siri laptop, Apple telah memperkenalkan Macbook Pro terbaru yang hadir dengan touchbar manakala untuk light user, Apple Macbook lebih ideal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seingat saya, kali terakhir Apple mengumumkan update untuk siri desktop adalah pelancaran iMac dengan paparan Retina 5K display. Model ini lebih memfokuskan kepada heavy-user. Bagaimana pula dengan Mac Mini yang hadir dengan form factor yang lebih kecil dan harga yang lebih rendah?

Terbaru, Tim Cook menjawab persoalan ini dengan mengatakan Apple masih komited untuk menghasilkan desktop. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan model manakah bakal diumumkan kelak. Untuk pengguna Mac Pro, kami ada berita sedih buat anda.

https://twitter.com/marcoarment/status/811004760321130496?ref_src=twsrc%5Etfw

Pengumuman ini telah membuatkan sebilangan peminat Apple tidak lagi berminat dengan hala tuju Apple yang dibawa Tim Cook. Lebih parah apabila model terbaru Apple Macbook Pro yang hadir dengan yang mahal turut mengalami masalah melibatkan bateri.

Melihat kepada pengumuman Apple Macbook Pro pada tahun ini, dijangka model desktop Apple bakal mengikuti trend yang sama. Lebih cool dan fancy dan pastinya harga yang diumumkan lebih mahal berbanding harga penjualan sekarang.