Sudah menjadi faktor utama orang ramai mendapatkan iPhone berikutan kelancaran sistemnya serta kemas kini yang panjang selain daripada rekaannya yang memukau.

Walau bagaimanapun, di sebalik syarikat ini berjaya mengaut keuntungan yang tinggi setiap tahun, Apple dikatakan cuba ‘menipu’ pengguna dengan memperlahankan iPhone model sebelumnya. Lebih ironi, iPhone pengguna dikatakan mulai perlahan selepas Apple memperkenalkan model iPhone terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
56f0547edd0895181c8b456a
Apple iPhone SE, 6, 6S antara model yang terlibat dengan masalah memperlahankan bateri oleh Apple. Sumber: Business Insider

Isu ini bermula apabila terdapat netizen yang sekadar bereksperimen dengan bateri iPhone ternyata mendapati iPhone beliau dengan bateri baharu mempunyai prestasi yang lebih baik.

Apple pada tahun 2017 seterusnya mengaku sememangnya pihak mereka sengaja memperlahankan iPhone dengan alasan untuk memanjangkan hayat bateri lithium-ion sesebuah iPhone.

Berikutan sejumlah besar pengguna yang tidak berpuas hati, Apple kemudiannya telah mengeluarkan sebuah kemas kini untuk memastikan iPhone 6, 6s dan SE mampu kembali kepada prestasi yang asal.

iphone6s-get-help-hero-pink-e1479806994959-1200×718

Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah di Amerika Syarikat sebelum ini, Apple dilaporkan terpaksa membayar pampasan sebanyak $500 juta (~RM2.09 bilion) melibatkan setiap pengguna iPhone yang bernilai $25 (~RM104.51) bagi setiap model.

Setakat ini keputusan mahkamah ini masih lagi dalam perbincangan dan bakal mendapat kata putus menjelang 3 April ini. Setakat ini masih belum diketahui mekanisme yang bakal digunakan Apple dalam membayar kepada tuntutan kepada pengguna iPhone yang terlibat.

Untuk pengetahuan, syarikat ini turut disaman oleh sebuah firma dari Perancis berikutan masalah yang sama pada bulan lalu. 

Model terbaharu iPhone iaitu iPhone 11 Pro Max terbukti mempunyai ketahanan bateri terpanjang berbanding model-model keluaran sebelum ini. 

Apple iPhone 11 Pro Max Terbukti Mempunyai Ketahanan Bateri Terpanjang

Smart Battery Case Diperkenalkan Buat iPhone 11 Dengan Harga RM539

Sumber