Masih ingatkah pertama kali Apple melancarkan iPhone sekitar tahun 2007? Skrinnya cuma 3.5-inci dan hadir dengan bezel yang tebal. Pada ketika itu, ramai yang menganggap skrin dengan saiz 3.5-inci sudah cukup besar dan memadai untuk kegunaan harian.

12 tahun berlalu, Apple dijangka bakal memperkenalkan model terbaru mereka dengan saiz skrin yang lebih besar berbanding model-model sebelum ini. Sebagai perbandingan iPhone 11 Pro Max hadir dengan skrin 6.5-inci manakala model iPhone 12 Pro Max terbaru ini bakal ditawarkan dengan saiz 6.7-inci menurut ETNews.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
F6E352A7-1052-4DBF-915F-F86AEEA2A045
Sumber: Cult of Mac

Difahamkan menerusi pelan terbaru Apple, iPhone 12 bakal hadir dengan saiz skrin yang sama seperti iPhone 11 dengan saiz skrin 6.1-inci. Pada kali ini, kesemua model iPhone bakal hadir dengan paparan OLED.

Selain itu, terdapat juga ura-ura dimana Apple mungkin melancarkan iPhone SE2 dengan saiz skrin 5.4-inci bertepatan dengan rancangan Apple untuk melancarkan empat iPhone serentak beserta rangkaian 5G sempena keluaran tahun hadapan.

bgr-iphone-11-pro-2
Sumber: BGR

Setakat ini masih belum diketahui sama ada Apple bakal merealisasikannya atau sekadar ura-ura memandangkan masih berbaki 10 bulan sebelum Apple melancarkannya secara rasmi.

Siapa sangka, berita mengenai iPhone 12 telah membuatkan pengguna tegar Apple yang membeli iPhone 11 merasa rugi dan kecewa. Turut dikongsikan, kisah lelaki ini yang menghadiahkan iPhone model terbaru kepada bapanya.

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

 

Sumber