Apple mungkin baru sahaja melancarkan AirPods generasi terbaru pada bulan Mac lalu. Walaubagaimanapun, menurut iPhone Hacks, dilaporkan Apple sudah mula merancang untuk mengeluarkan AirPods generasi ketiga pada tahun ini.

Jika sebelum ini fungsi panggilan ‘Hey Siri’ dan wireless charging diperkenalkan, model terbaru ini bakal turut dilengkapi dengan teknologi noise cancelling yang bakal membuatkan pengguna tidak lagi mendengar bunyi luar selain daripada bunyi yang dikeluarkan AirPods. Selain itu, ketahanan bateri Apple AirPods bakal turut dipertingkatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
airpods-2nd-gen-04-100792368-large.3×2
Sumber: MacWorld

Melihat kepada teknologi yang ditawarkan, tidak mustahil Apple AirPods generasi ketiga ini bakal ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi daripada Apple mengenai model terbaru AirPods yang bakal dilancarkan. Model ini dijangka bakal dilancarkan seawal penghujung tahun ini. Jika benar, pastinya ianya bakal menjadi sejarah buat jenama ini melancarkan dua model yang sama dalam satu tahun.

Sumber