Baru sahaja siri Apple iPhone 12 dilancarkan secara rasmi, nampaknya ura-ura bagi iPhone 13 sudah pun tiba. Menerusi laporan daripada Ming-Chi Kuo selaku penganalisa yang kerap mengeluarkan berita mengenai iPhone memaklumkan iPhone 13 dijangka bakal disertakan dengan bateri yang lebih kecil.

Difahamkan Apple bakal menggunakan teknologi terbaru pada tahun hadapan yang membuatkan saiz bateri iPhone lebih kecil berbanding model terkini. Rekaan bateri yang lebih nipis menjanjikan iPhone yang lebih slim buat para pengguna.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →
DSC01066-scaled

Sumber: Macworld

Selain itu, teknologi bateri yang baharu membolehkan Apple menawarkan kapasiti bateri yang sama pada saiz yang lebih nipis. Penggunaan processor terbaru dijangka mampu menawarkan kuasa yang efisien sekaligus mengurangkan penggunaan bateri.

Meskipun teknologi baharu Apple ini mampu menghasilkan iPhone yang lebih nipis, para pengguna seolah ragu-ragu dengan tindakan Apple setelah mengurangkan kapasiti bateri pada iPhone 12 berbanding iPhone 11.

Setakat ini, laporan awal ini masih lagi belum disahkan Apple. Berbaki 12 bulan buat orang ramai nantikan sementara model terbaharu Apple iaitu iPhone 13 dilancarkan secara rasmi.

Sebelum ini para pengguna melaporkan masalah cat tertanggal pada iPhone 12 selepas baru sahaja didapatkan.

Pengguna Kecewa Hadapi Masalah ‘Paint Chipping’ Pada iPhone 12

Apple Dilaporkan Menggunakan Cip Snapdragon Pada iPhone 12

Anda Mungkin Suka