Mula diumumkan sejak awal tahun mengenai rancangan Apple untuk memperkenalkan iPhone 9 sebagai pengganti iPhone SE, nampaknya muncul sebuah lagi ura-ura dimana Apple mungkin turut memperkenalkan iPhone 9 Plus.

Seperti iPhone 9, model iPhone 9 Plus yang bakal diperkenalkan bakal dilaporkan bakal turut ditawarkan dengan harga mampu milik oleh Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
google-finds-imessage-bug-that-exposes-files-on-an-iphone-526878-2
Sumber: Softpedia

Dari segi rekaan, sekiranya iPhone 9 hadir dengan rekaan seakan iPhone 8, iPhone 9 Plus pula dikatakan bakal mengikut acuan iPhone 8 Plus. Penawaran processor Apple A13 Bionic seakan iPhone 11 Pro antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Untuk pengetahuan, Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone dan iPad baharu pada sebuah atur cara pada 31 Mac ini walau bagaimanapun atur cara tersebut telah dibatalkan berikutan wabak coronavirus.

iphone-8-8-plus-hero
Sumber: 9to5Mac

Setakat ini masih belum diketahui tarikh baharu pelancaran model yang dinantikan ramai ini. Sekiranya Apple berjaya menawarkan iPhone 9 dan iPhone 9 Plus pada harga sekitar RM2,000 pastinya model ini bakal menjadi rebutan ramai.

Lihat juga rekaan iPhone 9 yang bakal dijual dengan harga di bawah RM2,000 ini. Turut dikongsikan, berita penangguhan pelancaran iPhone baharu berikutan wabak COVID-19.

Ini Mungkin Rekaan iPhone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Di Bawah RM2,000

Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19

Apple Kongsi 6 Gambar ‘Night Mode’ Terbaik Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone

Sumber