Pada hari ini, Apple sedia menawarkan model iPhone Pro dan iPhone Pro Max di dalam pasaran. Meskipun kedua-dua model ini sudah dikira terpaling canggih,  Apple dilaporkan mahu menambah satu lagi model di atas kedua-dua model flagship tersebut.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple bakal memperkenalkan model iPhone yang dinamakan sebagai Ultra menerusi siri iPhone 16 menjelang tahun 2024. Dengan model Ultra ini, ia dijangka mempunyai harga jualan yang lebih tinggi berbanding Pro Max sedia ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple

Setakat ini, masih belum diketahui lagi keseluruhan ciri atau spesifikasi yang bakal dibawa pada model Ultra. Terdapat beberapa kemungkinan model ini bakal hadir dengan skrin yang lebih besar, cip lebih canggih dan juga kemampuan kamera yang luar biasa.

Buat masa ini, Apple sedia menawarkan model Ultra menerusi Apple Watch yang mana menampilkan skrin yang lebih besar serta ketahanan bateri yang bagus. Kini Apple sepertinya mahu melebarkan segmen Ultra kepada barisan peranti lain pula.

Sumber