Bermula dengan sekadar ura-ura, nampaknya Apple dilaporkan sudah bersedia untuk melancarkan generasi terbaru Apple AirPods Pro ke pasaran tidak lama lagi. Model yang dilancarkan ini secara tidak langsung bakal menjadi generasi ketiga daripada siri Apple AirPods.

Berdasarkan gambar yang tertiris, Apple AirPods Pro nampaknya tidak lagi disertakan dengan ear tips yang dilihat akan menguning selepas beberapa ketika. Rekaan case juga dilihat lebih kecil pada generasi terbaru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan model terbaru ini masih lagi ditawarkan dengan sokongan noise cancelling dan spatial audio seperti model sebelum ini. Teknologi terbaru yang bakal ditawarkan pada model ini masih lagi belum didedahkan setakat ini.

Apple dijangka bakal memperkenalkan model terbaru Apple AirPods Pro ini secara rasmi seawal Mac ini. Sama-sama kita nantikan perubahan terbaru yang bakal ditawarkan pada model ini.

Ketahui juga 6 model baharu Apple yang bakal dilancarkan sempena tahun ini dengan klik pautan di bawah.

6 Model Baharu Apple Yang Bakal Dilancarkan Sempena 2021

Bekas Naib Presiden Porsche Chassis Sertai Projek Apple Car