Peranti boleh-lipat kini diminati ramai kerana ia lebih fleksibel untuk kegunaan seharian. Salah satu syarikat terkemuka yang dijangka bakal menawarkannya adalah Apple.

Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, iPad boleh-lipat bakal ditawarkan seawal tahun hadapan. iPad boleh-lipat ini dikatakan sudah dalam pembangunan dan menjadi fokus utama sejak tahun lalu lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kuo menambah iPad boleh-lipat ini akan hadir dengan tongkat yang diperbuat daripada bahan gentian karbon yang dikeluarkan oleh firma Anjie Technology yang berpengkalan di China. Dengan penawaran iPad alaf baru ini, Apple berharap dapat meningkatkan jualan tablet mereka.

Dikatakan tiada penawaran iPad baharu dalam tempoh sembilan ke 12 bulan kelak memandangkan iPad Mini baharu akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada suku pertama tahun 2024.

Apple sendiri melihat potensi pasaran peranti boleh-lipat kian meningkat pada saban tahun. Malah, para pengguna juga mahukan sesuatu kelainan pada penawaran barisan produk Apple dalam beberapa tahun ini.

Sumber