Apple dilaporkan bakal membuat kejutan dengan pelancaran produk baharu pada bulan Januari tahun ini. Ramai peminat Apple yang tidak sabar untuk mengetahui produk yang bakal dilancarkan pada kali ini.

Peniris terkenal, Jon Pron kini menjangkakan Apple akan membuat pengumuman produk pertama untuk tahun 2023 menerusi siaran akhbar di Apple Newsroom seawal pagi esok. Sebelum ini, Apple pernah sahaja mengumumkan barisan produk baharu menerusi newsroom seperti iPad 10th gen, iPad Pro M2 dan Apple TV 4K.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Antara beberapa produk yang berkemungkinan diperkenalkan menerusi pengumuman ini adalah MacBook Pro dan Mac Mini. Spekulasi lain juga mengatakan MacBook Pro ini bakal ditawarkan dengan pilihan skrin 14-inci dan 16-inci bersama cip Apple M2. Namun, masih tiada butiran lanjut yang didedahkan pada ketika ini.

Dalam pada itu, Mark Gurman selaku individu yang berkredibiliti dalam perihal Apple juga menyokong kenyataan tersebut. Tambah beliau lagi, MacBook Pro baharu yang akan diumumkan awal pagi esok.

Sama-sama kita nantikan pengenalan produk baharu yang dijangka bakal berlaku pada pagi esok. Para peminat Apple pasti tidak sabar mahu mengetahui produk baharu apakah yang diperkenalkan.

Sumber