Jika sebelum ini Apple Inc. berdepan dengan masalah mengenai kerosakan pada MacBook dan iPhone 7 ke atas kali ini pada Apple Watch pula. Kes ini dikatakan berlaku akibat kerosakan dalam proses rekaan jam pada siri 1,2 dan 3.

Pengguna melaporkan bateri jam tersebut mengembang apabila digunakan dan menyebabkan skrin tercabut dari rangkanya. Pengguna dikenakan dengan caj yang agak tinggi untuk membaiki semula jam.

lawsuit-claims-all-apple-watches-come-with-a-defective-display-521457-2

Tuntutan mahkamah yang pertama mengenai kes ini dikeluarkan oleh Kenneth Sciacca dari Colorado yang membeli Apple Watch Series 2 pada hujung tahun 2016. Beliau mendakwa sekitar Mac 2018, skrin jam miliknya tertanggal dari rangka berkenaan sejurus selepas pengecas dicabut daripada jam tersebut.

Adakah pemilik Apple Watch di Malaysia juga mengalami masalah yang sama?

Sumber