Menyebut tentang Shazam mungkin ramai yang sudah cukup kenal. Mula diperkenalkan sebagai aplikasi pengesanan lagu, Shazam berjaya menarik hati ramai pengguna Android dan iOS sejak sekian lama. Berdasarkan laporan terbaru daripada Recode, Apple dilaporkan berminat untuk mendapatkan Shazam dengan harga $400 juta (~RM1.63 bilion).

Gabungan Apple dan Shazam ini juga dijangkakan bakal memberi kelebihan buat Apple memandangkan Apple sedang dalam usaha untuk memantapkan Apple Music. Tidak hanya membantu melalui platform muzik, Shazam augmented reality atau AR antara yang membuatkan Apple berminat untuk mendapatkan syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gd4krzkpbkwxlpzghtea

Penyertaan teknologi ini juga sekaligus bakal memberi peluang buat Apple bersaing bersama Google yang telah hadir dengan aplikasi Google Lens.

Setakat ini dilaporkan Shazam sudah berjaya mencapai 1 bilion muat turun daripada pengguna sejak mula diperkenalkan. Dari segi pendapatan, Shazam berjaya memperoleh $54 juta pada tahun 2016. Gabungan bersama Apple nampaknya bukan lagi masalah buat Shazam untuk terus mencipta keuntungan pada tahun-tahun berikutnya.

apple-to-buy-shazam (1)

Melihat kepada kerjasma yang bakal berlaku diantara Apple dan Shazam, kami jangkakan kerjasama ini merupakan pilihan yang tepat buat kedua-dua syarikat dalam usaha menarik lebih ramai pengguna dan menjana keuntungan dengan lebih banyak.

Sumber