Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya anda mengikuti perkembangan teknologi telefon pintar, pastinya anda cukup tahu dengan model Snapdragon keluaran Qualcomm yang kerap digunakan sebagai processor pada kebanyakan telefon pintar Android.

Dalam pada itu, siapa sangka Apple juga turut menggunakan Snapdragon pada siri iPhone 12 yang dilancarkan pada tahun ini namun bukan pada processor sebaliknya pada modem.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

qualcomm

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan GSMArena, Apple dan Qualcomm telah mengumumkan kerjasama dimana Apple bakal menggunakan modem 5G keluaran Qualcomm buat iPhone sehingga 2023 terdiri daripada modem Qualcomm X60, X65 dan X70.

Untuk pengetahuan, kerjasama yang dibuat ini membolehkan Apple menyertakan modem 5G yang pantas bermula pada model Snapdragon X55 yang tersedia pada siri iPhone 12. Penggunaan modem baharu keluaran Qualcomm ini secara tidak langsung membolehkan iPhone menawarkan kepantasan internet yang lebih baik menerusi rangkaian 5G.

Dilaporkan Malaysia antara negara termurah untuk mendapatkan Apple iPhone 12. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Malaysia Antara Negara Termurah Untuk Dapatkan Apple iPhone 12

Tonton ‘Ketahanan’ iPhone 12 Apabila Dilepaskan Pada Ketinggian 10 Kaki

Anda Mungkin Suka