Apple pada hari ini sedia menawarkan tabletnya iaitu iPad dengan skrin paling besar dengan ukuran 12.9-inci. Dengan skrin sebesar ini, para pengguna boleh membuat pelbagai tugasan seperti grafik atau suntingan yang bertaraf profesional.

Berdasarkan laporan The Information, Apple dilaporkan sedang membangunkan iPad dengan skrin bersaiz sebesar 16-inci. Malah, sekiranya berjalan lancar perancangan ini, Apple bersedia memperkenalkan model iPad 16-inci pada suku ke-empat tahun 2023 kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: Slashgear

Dengan skrin bersaiz 16.9-inci ini bersama penawaran iPadOS dapat memberikan pelbagai kemudahan dalam multi-tasking yang lebih baik. Pengguna boleh memanfaatkan skrin tersebut dalam membuat tugasan kreatif  seperti lakaran, suntingan video dan banyak lagi.

Penawaran ini juga selari dengan model MacBook Pro 16-inci yang sedia ada di  mana menjadi pilihan para profesional di luar sana. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan makluman daripada Apple sendiri berkenaan iPad 16-inci ini pada masa kelak.