Sebagai syarikat multiinasional, Apple sering diaudit oleh pihak berkuasa fiskal diseluruh dunia dan baru-baru ini pentadbiran percukaian Perancis telah menyempurnakan audit dimana ianya akan diterbitkan dalam akaun publik mereka.

Terkini, Apple dan Perancis juga telah bersetuju dengan perjanjian mereka yang akan membayar jumlah baki cukai terdahulu yang tidak didedahkan kepada Perancis yang dianggarkan sekitar $571 juta (RM2.32 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apple-store-kenwood-entrance-hero

Selain Apple, pihak Perancis bersama beberapa negara Eropah yang lain turut berusaha mencuba untuk menuntut syarikat-syarikat teknologi tinggi seperti Google, Facebook, Amazon dan Microsoft untuk cukai yang lebih tinggi.

Hal ini kerana syarikat yang berpusat di Eropah telah membayar lebih daripada 20 peratus dalam pembayaran cukai tersebut sementara syarikat-syarikat teknologi besar ini membayar kurang daripada hampir separuh dari 20 peratus tersebut.

Dalam perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua pihak ini, Apple akan membayar kepada pihak Perancis cukai yang berbaki sebelum ini sebanyak $571 juta untuk memenuhi syarat perjanjian yang dipersujui mereka sebelum ini.

Sumber