Umum mengetahui akan demonstrasi yang berlaku di Amerika Syarikat berikutan kemarahan rakyat Amerika Syarikat di atas kematian George Floyd ketika dalam tahanan polis.

Malah, terdapat banyak kedai-kedai besar telah dirompak ketika demonstrasi dan butik Apple turut menjadi mangsa. Disebabkan produk Apple telah dirompak oleh golongan oportunis, kini produk yang dirompak terutama sekali iPhone telah dinyahaktif oleh pihak Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, mereka yang mengambil produk Apple terutama sekali iPhone tidak lagi boleh menggunakan iPhone mereka kerana telah dikunci dan lokasi mereka telah dijejaki serta dihantar kepada pihak berkuasa.

Bukan sahaja tidak boleh menggunakan telefon pintar tersebut tetapi mereka juga tidak boleh matikan ia dan perlu tunggu sehingga telefon pintar kehabisan bateri dengan sendiri. Malah, untuk reset semula telefon juga tidak boleh.

https://twitter.com/KylleDumlao/status/1267692204316901382

https://twitter.com/onlyfanobtainer/status/1266933834064572416

Pastinya isu ini menjadi perhatian ramai orang di seluruh dunia. Hal ini juga menunjukkan bahawa produk keluaran Apple memiliki tahap keselamatan yang tinggi dan berbaloi dengan harga anda bayar.

Sementara itu, baca artikel berkaitan dengan isu yang sedang hangat ini pada pautan di bawah ini.

Tidak Sampai Seminit RM368,000 Lesap, Butik Louis Vuitton Dirompak Semasa Demo George Floyd

Rakyat Malaysia Turun Padang, Bantu Bersihkan Kota Minneapolis Selepas Protes George Floyd

Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Pada iPhone 13 Yang Bakal Dilancarkan Pada Tahun Hadapan