Peminat tegar produk Apple Inc. pastinya peka dengan isu yang terpalit pada syarikat ini. Bulan lepas, Apple terpaksa menggantikan bateri pada MacBook Pro yang mengalami masalah. Kini sekali lagi Apple mengalami masalah akibat papan kekunci yang tidak berfungsi.

Kepada anda yang mempunyai MacBook yang dibeli pada tahun 2015 ke atas dan MacBook Pro yang dibeli pada tahun 2016 ke atas dan mengalami masalah papan kekunci yang tidak berfungsi dengan baik pada keyboard “Butterfly”, anda mungkin boleh menyertai kumpulan pemilik dua produk ini yang sedang menuntut saman atau ganti rugi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Papan kekunci ‘Butterfly’ ialah papan kekunci yang lebih nipis daripada model yang sebelumnya bertujuan untuk mengurangkan berat kedua-dua produk tersebut. Menurut laporan dalam tuntutan tersebut, jika terdapat partikel kecil atau habuk sekalipun mampu membuat keyboard tersebut tidak berfungsi dengan baik.

apple keyboard

macbook pro

Oleh kerana panel papan kekunci tersebut tidak boleh ditanggalkan, satu-satu cara yang dapat menyelesaikan masalah ini ialah untuk menggantikan keseluruh set papan kekunci tersebut dan kos untuk menggantikannya agak mahal.

Mungkinkah kualiti produk Apple udah semakin merosot? Diharapkan dengan pembukaan kampus Apple yang kedua nanti masalah begini mungkin boleh dikurangkan.