Jika beberapa minggu lalu Apple disaman berikutan masalah melibatkan bateri iPhone sekitar tahun 2017, minggu ini syarikat ini sekali lagi disaman di Itali kerana mengelirukan pengguna berkaitan sokongan kalis air pada iPhone.

Difahamkan saman yang dibuat oleh pihak berkuasa Itali adalah berikutan dakwaan Apple iPhone yang hadir dengan ciri kalis air untuk kedalaman antara 1 meter ke 4 meter sehingga 30 minit itu hanyalah diuji dibawah keadaan makmal dan menggunakan air tulen sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone
Sumber: Easyacc

Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan Apple nampaknya tidak selari dengan penggunaan dunia sebenar. Selain itu, pihak berkuasa Itali turut mengatakan Apple juga gagal menawarkan jaminan dan gantian buat iPhone yang mengalami kerosakan disebabkan air.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Itali telah memilih untuk menyaman Apple sebanyak €10 juta (~RM48.72 juta) berikutan dakwaan yang dikatakan palsu daripada Apple ini.

Tular sebelum ini kos untuk menghasilkan iPhone 12 cuma serendah RM1,652 sahaja. Turut dikongsikan, iPhone SE dan 6s dijangka tidak lagi menyokong Apple iOS 15.

Kos Untuk Hasilkan iPhone 12 Pro Cuma Serendah RM1,652 Sahaja

Apple iOS 15 Mungkin Tidak Lagi Menyokong iPhone SE Dan 6s