Situasi menjadi lebih sukar buat Apple setelah syarikat teknologi ini mengakui sengaja memperlahankan model Apple iPhone terdahulu bermula dengan iPhone 7.

Meskipun usaha yang diimplemen Apple bertujuan untuk memanjangkan hayat bateri iPhone serta mengelakkan daripada iPhone auto shutdown, keputusan ini nampaknya menerima reaksi yang berbeza daripada para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak kurang juga yang mengatakan Apple secara halus memaksa untuk mendapatkan iPhone terbaru bagi mendapatkan prestasi yang terbaik

Terbaru, seorang pengguna dari Amerika Syarikat telah menfailkan saman kepada syarikat Apple setelah mendapati prestasi iPhone 7 dikurangkan. Setakat ini nilai saman yang difailkan masih lagi menjadi misteri walaubagaimanapun ramai yang menjangkakan jumlahnya pasti agak tinggi.

apple-slow-down-old-iphone-battery-life-1

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang yang selesa dengan ketahanan bateri dengan prestasi yang perlahan atau sebaliknya. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Sumber