Jika disebutkan tentang penjualan smartphone tertinggi di China, Apple iPhone merupakan ‘raja’ untuk 5 tahun terakhir. Ya, jenama ini merupakan pilihan rakyat China meskipun terpalit dengan isu pencurian paten serta harganya yang dijual sedikit mahal di negara tersebut.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada tahun ini, dikatakan Apple mempunyai pencabar terbaru dan jenama tersebut merupakan Oppo. Berita ini turut mengejutkan kami memandangkan Xiaomi, Samsung dan Huawei lebih mendapat tempat dihati pengguna seluruh dunia selain daripada Apple namun tidak di China.

Dikatakan Oppo R9 merupakan model yang berjaya ‘mencipta sejarah’ buat Oppo. Hadir dengan skrin 5.5-inci Full HD serta pengguna processor MTK6755 Helio P10 dan RAM 4GB antara yang membuatkan Rakyat China beralih kepada model ini.

Penggunaan VOOC iaitu pengecasan pantas dimana Oppo R9 dapat dicas penuh kurang daripada satu jam antara daya penarik yang ada pada model ini. Tidak dilupakan juga harga penjualan yang separuh daripada harga Apple iPhone sedikit sebanyak berjaya membuatkan model ini laris dijual.

Ternyata misi Oppo untuk membuat pemasaran secara berterusan serta mengeluarkan smartphone sesuai dengan citarasa pengguna berjaya membuatkan Rakyat China beralih arah kepada jenama negara mereka ini.

Melihat kepada laporan penjualan iPhone 7 yang setakat ini gagal mengikut apa yang dirancangkan, mungkin Apple perlu merancanakan satu pelan baru.

Kami harap Apple iPhone dapat hadir dengan pembaharuan yang banyak dari segi luaran dan dalaman setelah hadir dengan rekabentuk yang sama untuk 3 model terakhir.

Baca lagi: Apple iPhone 6 Bakal Dihentikan Jualan Di China Dan Ini Adalah Sebabnya

Sumber