Apple Inc. dikhabarkan bakal membuka ibu pejabat kedua di Raleigh, North Carolina yang mungkin akan digunakan sebagai pusat teknikal dan khidmat pelanggan. Rekaan ibu pejabat ini begitu futuristik dan digambarkan seperti bentuk kapal angkasa.

Khabar ini mula diperkatakan sejak Januari yang lepas namun belum ada kenyataan rasmi lagi mengenai tahun atau tarikh tepat operasi di ibu pejabat tersebut bermula.

apple inc

Dikatakan juga lokasi pembinaan ini terletak di Raleigh-Durham-Chapel Hill Triangle. Jika benar, Apple Inc. bakal menyertai komuniti yang sama dengan syarikat-syarikat teknologi yang lain seperti IBM,Cisco, BASF dan Pfizer yang turut bertapak di situ.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group