Bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya Apple Inc dikatakan bakal mula mengambil serius dalam penghasilan kenderaan sendiri yang bakal dinamakan sebagai iCar.

Melalui kereta keluaran Apple ini, model ini bakal menawarkan teknologi futuristik buat para pengguna. Setakat ini, teknologi melibatkan AR, pandu sendiri dan Apple Car antara yang disertakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apple-Car-self-driving
Rekaan konsep Apple iCar

Selain itu, Apple dijangka bakal menyertakan sistem pemanduan yang futuristik baik dari segi perkakasan mahupun perkhidmatan bersesuaian dengan konsep syarikat teknologi ini.

Setakat ini usaha Apple untuk mengeluarkan kereta masih lagi dalam peringkat awal dimana model ini kemungkinan besar bakal dilancarkan sekitar tahun 2023. Agak menarik untuk menyaksikan adakah jenama ini masih mampu menjadi fenomena apabila dilancar kelak.

Sumber