Setahun berlalu dan nampaknya versi terbaru iOS telahpun diumumkan Apple pada hari ini. Melalui kemaskini terbaru ini, Apple melalui iOS 13 sekali lagi ingin menawarkan sistem operasi yang pantas dan cekap serta mesra pengguna.

Berdasarkan pengumuman, Apple iOS 13 menjanjikan pengalaman prestasi pembukaan aplikasi dengan dua kali lebih pantas. Lebih menarik, saiz aplikasi di App Store juga bakal turut dikecilkan sebanyak 50%. Bagi pengguna iPhone generasi yang baru, membuka FaceID juga bakal ditingkatkan sebanyak 30% lebih pantas.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Apple-iOS-13-gear-patrol-full-lead

ios-13-dark-mode

Antara pengumuman terbaru yang membuatkan orang ramai teruja sudah tentunya sokongan mod gelap yang sudah lama diidamkan ramai pengguna Apple. Melalui sokongan ini Apple akan mengintegrasikan beberapa aplikasi dengan paparan bewarna hitam sekaligus mengurangkan penggunaan bateri.

Apple iOS 13 bakal menyokong iPhone SE, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus, X, XR, XS dan XS Max. Dalam erti kata lain buat pengguna iPhone 6 dan kebawah, anda tidak lagi mendapat kemaskini terbaru ini. iOS 13 bakal ditawarkan secara rasmi buat semua pengguna bermula September ini manakala anda ingin menjadi pengguna beta boleh memuat turun seawal hari ini.

Anda Mungkin Suka