Dilancarkan pada akhir Mac lalu, Apple sekali lagi berjaya mengejutkan ramai dengan memperkenalkan iPad Pro keluaran 2021 dengan penawaran cip pemprosesan yang sebelum ini ditawarkan pada MacBook iaitu Apple M1.

Menerusi model terbaru ini, iPad Pro dengan cip Apple M1 menjanjikan prestasi yang lebih hebat membolehkan para pengguna multitasking aplikasi-aplikasi yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi tanpa sebarang masalah. Selain itu, iPad Pro terbaru ini turut ditawarkan dengan rangkaian internet 5G.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
47DoomL6zidNvFmyPgEodV
Sumber: creative bloq

Sebanyak dua saiz ditawarkan buat iPad Pro iaitu 11-inci dan 12.9-inci dengan paparan Liquid Retina XDR Display di mana model ini memberikan warna yang terbaik termasuk konten HDR buat para pengguna.

Model ini disasarkan buat pengguna yang mahukan kuasa pemprosesan tertinggi dalam sesebuah iPad. Meraih markah yang tinggi mengalahkan tablet yang lain di pasaran sekaligus mengesahkan kehebat an iPad Pro.

Model ini sedia untuk didapatkan di laman Apple Malaysia bermula hari ini dengan harga serendah RM3,499 buat iPad Pro 11-inci dan RM4,799 buat iPad Pro 12.9-inci.

Tular pada minggu ini apabila perkataan koyak berjaya tersenarai dalam Urban Dictionary selepas tersenarai oleh netizen Malaysia.

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel