Sudah menjadi kebiasaan setiap kali telefon pintar flagship baru dilancarkan akan terdapat reviewer yang membandingkannya dalam mengetahui model manakah yang terhebat dan berbaloi untuk dimiliki.

Pada kali ini, sebuah ujian dijalankan bagi menguji telefon pintar manakah yang mempunyai ketahanan bateri terpanjang. Model yang tersenarai semuanya yang baru sahaja dilancarkan terdiri daripada Huawei Mate 30 Pro, Apple iPhone 11 Pro Max, 11 Pro, 11 dan Samsung Note10+.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 30 Pro tampil dengan kapasiti bateri terbesar dengan 4,500mAh diikuti dengan Samsung Galaxy Note10+ dengan 4,300mAh. Apple iPhone 11 Pro Max yang menjanjikan ketahanan bateri paling panjang sewaktu pelancaran pula sekadar hadir dengan kapasiti bateri 3,969mAh.

Walau bagaimanapun, keputusan yang ditampilkan melalui ujian ini mungkin mengejutkan anda. Anda boleh tonton video daripada Youtuber Mrwhosetheboss dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Dapat dilihat Apple iPhone 11 Pro Max berjaya muncul juara dalam ujian ini dengan ketahanan bateri terpanjang diikuti dengan Huawei Mate 30 Pro. Berdasarkan ulasan difahamkan optimasi bateri pada sistem operasi Apple iOS 13 antara yang membuatkan model ini mempunyai ketahanan bateri yang panjang. Selain itu, penggunaan processor Apple Bionic A13 antara yang turut membantu.

Berdasarkan keputusan ini, mungkin ada logiknya mengapa Apple sangat jarang sekali mengongsikan spesifikasi model keluaran mereka kepada umum kerana khuatir dilihat ‘lemah’ namun keputusan sebenar menunjukkan sebaliknya.

Apple Malaysia pada 27 September lalu telah mula menawarkan ketiga-tiga model Apple iPhone. Sebelum itu, ketahui lebih lanjut mengenai Apple iPhone 11 dan 11 Pro sebelum anda mendapatkannya.

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

Segalanya Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max

Baru Sahaja Dilancarkan, Apple iPhone 11 Pro Sudah Menjadi Bahan ‘Meme’

Anda Mungkin Suka